Tuesday, July 27, 2010

SEJARAH SEKOLAH

*Pada tahun 1980, sekolah menggunakan 4 buah rumah peneroka sebagai tempat belajar, seramai 80 orang murid dari darjah 1 hingga darjah 4 telah mendaftar diri.

*Pada tahun 1981, sekolah berpindah ke bangunan yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Felda Kahang Timur dengan jumlah pelajar kira-kira 200 orang dan ditadbir oleh 2 orang guru.

*Pada tahun 1982, sekolah berpindah ke tapak bersebelahan dengan Sekolah Tadika, bangunan telah diperbesarkan dengan menambah bilik darjah.

*Pada 1 Julai 2009, bangunan sekolah telah siap sepenuhnya dan sekolah telah berpindah ke bangunan baru yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Felda Kahang Timur. Bangunan tersebut adalah di bawah pengelolaan Kerajaan Negeri Johor, di mana tapaknya telah diberikan oleh pihak Felda seluas 3 ekar.

* Bangunan sekolah ini merupakan bangunan 3 tingkat yang mengandungi 9 bilik darjah, 1 bilik guru, 1 bilik guru besar, 1 biik kerani,1 surau, 2 bilik Tadika (TAJ) bersama 2 bilik air untuk Tadika dan 1 bilik dapur. Aras 2 terdapat bilik air guru dan dan aras 1 terdapat bilik air murid-murid lelaki dan perempuan serta 2 bilik wuduk. Bangunan ini juga dilengkapi dengan kantin, garaj kereta dan dataran kejat yang luas.

No comments:

Post a Comment